webmaster development credits

Home

History

Committee
you are here
Events

Friendship

Business

Photos

Articles

Festivals

Tsn

Links

 
EVENT HAPPENED
22nd to 24th August 2003
28th June 2003
05th April 2003
29th September 2002
Bajan Year 2002
28th April 2002
13th April 2002
12th & 13 januar 2002
25th August 2001
16th June 2001
02nd June 2001
26th March 2001
05th March 2000
02rd December 2000
09th October 2000
27th August 2000
26th August 2000
20th August 2000
Lawatan ke Cameron Highland
UP
Tarikh : 22 - 24/08/03

Lawatan ini dianjurkan oleh Cik. Ehlaximee Devi dan dibantu oleh En. Sadha Siva Naidu dan En. Balamurali. Seramai 14 ahli belia telah menjayakan lawatan ini. Beberapa ahli baru juga telah menyertai lawatan ini. Lawatan selama 3 hari 2 malam ini bertempat di Apartmen Equotorial. Aktiviti - aktivivti yang telah diatur sepanjang lawatan adalah seperti permainan dalaman, perbincangan am, dan sesi berkenalan. Tempat - tempat menarik yang dilawati ialah Kebun Strawberi, Taman Bunga Ros, Tanaman Teh Boh, Taman Rama - Rama, Taman Kaktus dan sebagainya. Lawatan ini telah memberikan satu pengalaman dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh kesemua ahli belia yang menyertai lawatan ini.
UP
Seminar Motivasi dan Pendidikan
UP
Tarikh : 28/06/03
Masa : 6.30 petang
Tempat : Hotel Metro Inn, Kajang

Oleh kerana sambutan untuk seminar pada tahun 2002 amat menggembirakan, maka ahli - ahli PTM Belia Kajang, menganjurkannya pada tahun 2003. En. Balamurali selaku Pengerusi, manakala Cik. Maddhu Priya pula diberikan tanggungjawab memegang jawatan sebagai Pembantu Pengerusi. Penceramah yang dijemput adalah En. Prakash Rao (Pengurus & Pensyarah Sri Murugan Center), En. Sathyanarayanan (Pensyarah SMC), dan En. Jayakumar (Pensyarah SMC). Seramai 63 pelajar tahun 6 hingga tingakatan 5 telah menghadiri seminar ini. Pelajar - pelajar ini telah dibahagikan kepada dua (2) kategori, dimana kategori A terdiri daripada pelajar tahun 6 hingga tingkatan 3, manakala kategori B pula adalah pelajar - pelajar tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Dengan cara ini, para penceramah dapat memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar - pelajar. Topik - topik yang dibincangkan adalah pengurusan masa yang cekap, pemfokusan kepada matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah, dan persediaan menghadapi peperiksaan. Makanan ringan seperti mee goreng, sandwich dan kopi telah diberikan kepada semua. Ibu bapa para pelajar juga turut hadir pada akhir seminar ini. Para pelajar telah diberikan buku - buku ramalan secara percuma yang merangkumi matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu, Pendidikan Moral dan Kemahiran Hidup khususnya bagi pelajar - pelajar PMR dan SPM. Seminar ini telah mendapat sambutan yang lebih baik berbanding dengan seminar sebelumnya. Ini adalah kerana komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh kesemua ahli belia untuk menjayakan seminar ini.
UP
Ugadhi 2003
UP
Tarikh : 05/04/03
Masa : 4.30 petang
Tempat : Kuil Sri Kaliamal, Seri Kembangan, Serdang

Ini adalah aktiviti yang pertama diadakan bagi tahun 2003. Perayaan Ugadhi kali ini disambut di Serdang. Pengerusinya adalah En. Kumar Rao dan dibantu oleh En. Balamurali dan En. Mohanrau sebagai Pembantu Pengerusi. Makanan telah disumbangkan oleh ahli - ahli keluarga dari sekitar Serdang. Kehadiran seramai 300 - 400 orang telah menghangatkan lagi suasana sambutan ini. Tarian barathanatyam ini telah ditarikan oleh Cik. Kalaivani, manakala nyayian lagu - lagu keagamaan telah didendangkan oleh barisan ahli PTM Belia Kajang. Segala maklumat mengenai PTM Cawangan Kajang dan lirik lagu keagamaan yang dinyayikan telah ditunjukkan melalui skrin projektor kepada para hadirin yang hadir. Ini adalah satu perkara yang unik dan tidak pernah dilakukan oleh cawangan - cawangan lain sebelum ini. Ahli - ahli Cawangan Kajang begitu terharu dengan kehadiran tetamu khas dari Ibu Pejabat PTM, iaitu En. Paul Naidu (bekas PTM), En. Murthy (Presiden PTM), dan En. Engkatesulu Juwulu (Setiausaha PTM). Perayaan ini berlangsung dengan begitu lancar, kerana adanya kerjasama dan sokongan padu daripada semua ahli yang bertungkus lumus menjayakan perayaan ini.
UP
Seminar Pendidikan dan Kecemerlangan
UP
Tarikh : 29/09/02
Masa : 6.30 petang
Tempat : Hotel Metro Inn, Kajang

Pengerusi bagi seminar ini ialah En. Balamurali. Seminar ini diadakan bagi pelajar - pelajar tahun 6 hingga tingkatan 5. Seramai 50 pelajar telah mengambil bahagian dalam seminar ini. Penceramah yang dijemput adalah En. Prakash Rao (Pengurus/Pensyarah Sri Murugan Center (SMC)), dan En. Anadha (Pensyarah SMC). Seminar ini merangkumi tajuk - tajuk seperti persediaan menghadapi peperiksaan, mempelajari cara belajar, pengurusan masa yang sistematik, kaedah belajar secara berkesan dan peluang - peluang pendidikan diluar & didalam negara. Makanan ringan telah disediakan untuk para penceramah dan pelajar - pelajar. Seminar ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran para ibu bapa pelajar yang mengambil bahagian. Satu sesi soal jawab telah diadakan untuk pelajar dan ibu bapa pada akhir seminar ini. Banyak buku soalan ramalan UPSR, PMR dan SPM yang ditulis khas oleh Sri Murugan Center, telah diedarkan kepada semua pelajar secara percuma. Seminar ini dapat memupuk semangat untuk berusaha dengan lebih gigih pada diri setiap pelajar untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal dihadapi oleh mereka.
UP
Bajan for the year 2002
UP
Nyayian lagu keagamaan secara beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai “bajan” dapat menbentuk sebuah generasi muda yang berdisiplin dan bertanggungjawab. Ini adalah salah satu sebabnya, kelas bajan diadakan setiap minggu hari Sabtu sejak bulan Januari 2002. Seramai 15 belia telah mengikuti kelas ini. Di samping memperolehi pengalaman, mereka juga dapat mempelajari pelbagai jenis lagu keagamaan, cara nyayian yang betul, dan cara menggunakan alat - alat seperti tamborin, mirtangam, jalra dan sebagainya. Mereka juga dapat mengeratkan persahabatan mereka disamping memperbaiki dan mendisiplinkan diri masing - masing. Berikut adalah senarai bajan yang telah diadakan di beberapa tempat kediaman kaum telugu, rumah ahli jawatankuasa dan kuil :

1) 23/02/02 - Taman Cuepacs, Cheras
2) 16/03/02 - Taman Kajang Utama, Kajang
3) 13/04/02 - Perayaan Ugadhi, Kuil Sri Verabathra Kaliama, Kajang
4) 20/04/02 - Perayaan Ugadhi, Kuil di Ampang
5) 06/07/02 - Taman Seri Kembangan, Serdang

Selepas bulan Ogas, bajan telah dihentikan oleh kerana segelintir pelajar yang menghadiri kelas bajan ini menduduki peperiksaan PMR & SPM pada tahun tersebut.
En. Krishna Rao, Cik. Sumithra Devi dan Cik. Maddhu Priya adalah ahli yang bertanggungjawab mengendalikan dan menjayakan program ini.
UP
5th BGM Central Executive Committee Nomination
UP 28th April 2002 5th BGM Central Executive Committee Nomination (2002-2003) & Fashion Contest Show 2002 The central executives committee shall be elected by secret ballot at the biennial general meeting. All nominations for office bearers shall be returned (duly proposed,seconded by members and agreed to by the nominee) by 14th April 2002 to the general secretary. The nomination forms shall be processed by the EXCO on 15th April 2002 UP
Ugadhi 2002
UP
Tarikh : 13/04/02
Masa : 5.00 petang
Tempat : Kuil Sri Verabathra Kaliamma, Sg. Jelok, Kajang

Ini adalah satu perayaan yang disambut dengan gilang - gemilang dan meriah sekali pada tahun tersebut. En. Amesh Naidu diberi tanggungjawab sebagai Pengerusinya manakala Cik. Sumithra Devi memegang jawatan sebagai Pembantu Pengerusi. Bajan atau nyayian lagu keagamaan yang diatur khas dan dipersembahkan oleh Belia-Belia Kajang telah menyerikan lagi suasana sambutan ini. Di samping itu, tarian klasik iaitu barathanatyam telah dipersembahkan oleh Cik. Suguna Devi dan Cik. Yashini Devi. Beberapa biji kalanji telah diberikan kepada kesemua ahli jawatankuasa. Sumbangan makanan telah diberikan oleh En. Subramaniam Sambamoorthy dan ahli keluarganya. Perayaan ini telah menjadi lebih meriah dengan kehadiran seramai 700 orang, tidak kira tua mahupun muda. Perayaan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan tali persaudaraan antara satu sama lain, malah ia juga dapat mewujudkan persefahaman yang baik diantara kesemua ahli belia yang bersatu padu menjayakan sambutan ini.
UP
Rombongan ke Port Dickson
UP
Tarikh : 12 & 13/01/02

Lawatan ini dianjurkan oleh Cik. Prishanti. Seramai 12 ahli belia telah menyertai rombongan ini yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam di Nube Club Resort, Port Dickson. Banyak aktiviti dalaman yang menarik telah diadakan seperti permainan, perbincangan am, “barbeque”, “camp fire”, dan sebagainya. Rombongan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara ahli - ahli belia disamping dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dekat lagi.
UP
Grand Gala Dinner 2001
UP 25th August, 2001, 7.31 pm, Grand Gala Dinner 2001 TAM Kajang branch is organising a Grand Gala Dinner on 25th Augst 2001. An expected crowd of more than 500 people will be gatherd to witness this memorable day as on this day TAM Kajang branch is going to recognise the TELUGUS

a. Who have contributed to this association.
b. Professionals in various field
c. Children who have excelled in education
d. Life members of this branch
e. Generous TSN contributors

This function is going to be officiated by the YB Hj. Badrul Hisham, the member of Parliment for Hulu Langat. The other invited guest will be the Yang di pertua of Majlis perbandaran Kajang
Pangkor Trip
UP 16th June 2001: Pangkor Trip A get together excursion to Pangkor. A get together outing has been organise for the youth wing where they can interact with other youth on educating culture & finance. A lots of beach games has also been organised for them to participate. UP
Sukanika & Family Day
UP 2nd June 2001: 9.00 am, Kajang Stadium Please be informed that SUKANIKA/FAMILY DAY is being organised jointly by the branch and newly formed Youth Group of this branch. A lot games has been arranged for you and your children from aged 3 and above to participate and enjoy the day. UP
Ugadi 2001
UP 26th March 2001: 8.00 pm, Ugadi New year celeberation 2001 This is to inform to all our Telugu families of KAJANG BRANCH that this coming Telugu Ugadi is on 26 -03 -2001 on Monday. The name of this year is SRI VRUSHA NAAM . Our branch is organising a special POOJA on the said day at 7.00pm - 10.30pm at SRI VEERA BHATRA KAALIYAMMAN GUDI. The sole organisers for this function are THE YOUTH WINGS of Kajang Branch.The Greeting and agenda will distribute to house to house by POST later. SRI VRUSHA NAAM Shubhaa Kanchalu. UP
Telugu debate forum
UP 5th March, 2001, 10.00 am, Telugu debate forum The will be a TELUGU DEBATE FORUM held in Indian High Commission on 6 -3 -2001 (Tuesday)which is a Hari Raya Haji public holiday. This forum is organising by HQ. Some local and foreign TELUGU BROTHERS are participating in this debate.Debate is mainly concern about our culture and our Telugu Sambratayalu.They expect at least 10 members from our KAJANG BRANCH. Refreshment will be served. May be RM 5.00 will be charged per person for the function cost. It will be an interesting forum. UP
Youth Launching
UP 2rd December 2000: 4.30 pm FAMILY DAY - INDOOR GAME LAUNCHING OF YOUTH GROUP - KAJANG BRANCH Please be informed that a Family day is being organised jointly by the branch and the newly formed Youth Group of this branch at the following Place and Date. A lots of indoor games has been arranged for you and your children from age 1 and above to participate and enjoy the day.
Date / Tarikh : 2.12.2000
Day / Hari : SATURDAY
Time / Waktu : 4.30 PM
Place / Tempat : Dewan Majlis Daerah, Kajang
UP
Special Speech
UP 9th October, 2000, 7.30pm, Sri Veerapatra Kaaliamman Temple, Sg.Jelok, Kajang Special Speech by representative from Tirupathi Temple SRIMATHI JAYANTHI SAVAVITRAI on Hinduism.
Tel: 87342361
UP
TAM 33rd BGM
UP 27th August, 2000 TAM 33rd BGM to be held at Civic Centre, PJ. To be officiated by YB Dato Seri Dr S Samy Vellu. UP
Dinner of Appreciation and Honoring Ceremony
UP 26th August, 2000 Dinner of Appreciation and Honoring Ceremony for TSN Sponsors. To be officiated by YB Dato Palanivel. Pls contact Mr Batu
Tel:603-40445373 at TAM HQ (after 2pm)
UP
Gruha Pravesham Function
UP 20th August, 2000 10AM Gruha Pravesham Function of the Samskruthika Nilayam at Rawang Officiated by Tan Sri Dato' K R Somasundram, Executive Chairman of NLFCS. UP





© Copyright 2003 Telugu Association of Malaysia
Webmaster admin@telugu.com.my